Ahli JPM

Saturday, 6 April 2013

Ahli JPM Yang Telah Bersara

Selamat Bersara kepada Ahli Jabatan Pengajian Melayu IPG KTHO yang telah bersara dari perkhidmatan kerajaan.  Semoga sentiasa sejahtera dan dikurniakan kesihatan afiat.

Persaraan Mantan Ketua Jabatan JPM Tn Hj Ahmad bin Abu
 


Persaraan Tn Hj Mohd Nor Usop...Oktober 2011

Selamat Bertugas Di Tempat Baru

Warga Jabatan Pengajian Melayu, IPG KTHO mengucapkan Selamat Bertugas di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban kepada Encik Ibrahim bin Yusof.  Mulai 1 Februari 2013, Encik Ibrahim dengan rasminya berpindah ke IPG KRM.  Semoga En.IBY terus cemerlang di tempat baru.  Jangan dilupa rakan-rakan JPM di IPTHO.  
Hilang di mata...di hati jangan...

Ucapan Perpisahan En IBY

Cenderamata Kenang-kenangan

Khusyuk mendengar ucapan perpisahan


Jabatan Pengajian Melayu, IPG KTHO


Jabatan Pengajian Melayu (JPM) yang ditubuhkan pada tahun 1992 merupakan sebuah jabatan akademik yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO), Batu Pahat, Johor sejak kelahiran Maktab Perguruan Batu Pahat. Sebagai salah satu nadi penting di IPG Kampus Tun Hussein Onn, jabatan ini beriltizam untuk memperkasakan pendidikan Bahasa Melayu agar pelajar IPG kampus Tun Hussein Onn benar-benar berkemampuan untuk menjadi penutur dan pengguna bahasa Melayu yang berkesan. 

JPM diterajui oleh Ketua Jabatan Dr.Hussin bin Sarif, Timbalan KJ Pn Hjh Idawati binti Moin dan tujuh orang ahli yang terdiri daripada Pn Hjh Mazni Mohd Salleh, Cik Hjh Roselena A Karim, Encik Abd Rahim Ismail, Encik Abd Ramli Sanusi, Pn Siti Dahlia Abdullah, Cik Zabedah Mohammed dan Pn Zaini Md Jamal.

Sebagai sebuah jabatan akademik, Jabatan Pengajian Melayu berperanan melatih bakal guru yang berilmu pengetahuan dan cekap berbahasa Melayu, menguasai kemahiran pedagogi bahasa Melayu, mengaplikasikan kemahiran Bahasa Melayu Merentas Kurikulum, dan sebagai pusat rujukan pedagogi, penyelidikan serta pengembangan bahasa Melayu.