Ahli JPM

Monday, 19 August 2013

Selamat Datang Ke JPM IPGKTHO

Sepanjang tahun 2013 ini, JPM IPGKTHO amat berbesar hati menerima tiga orang ahli baru. Selamat datang diucapkan.  Kehadiran mereka sebagai ahli baru amat dialu-alukan bagi memantapkan struktur jabatan dengan kepakaran mereka.

En.Abd Rahim Ismail dari IPGK Raja Melewar
Pn.Zaini binti Md Jamal dari PPD Muar
Pn Hjh Hamidah binti Musa dari IPGK Gaya


Sunday, 18 August 2013

Program Pembuanaan Bahasa, JPM 2013

Pada bulan1 hingga 15 Mac yang lalu, Jabatan Pengajian Melayu IPTHO telah menganjurkan Program Pembuanaan Bahasa yang melibatkan semua warga IPTHO khususnya guru pelatih.

Antara matlamat penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan bahasa Melayu di samping sebagai persediaan menyertai pertandingan di peringkat IPGM.  Aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Forum, Pidato dan  Debat.  Walaupun tiada guru pelatih Major Pengajian Melayu di IPG kampus ini, namun penyertaan tetap menggalakkan daripada warga IPG.

Pertandingan Debat 

Pertandingan Pidato




Pertandingan Forum




Moderasi dan Verifikasi Kerja Kursus JPM 2013

Moderasi dan Verifikasi Kerja Kursus Jabatan Pengajian Melayu bagi semester 1/2013 telah dilaksanakan dengan jayanya.  Kerjasama padu daripada semua ahli jabatan telah memungkinkan proses ini dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.  Tahniah diucapkan.

Verifikasi dijalankan dengan iEE IPTHO Pn Hjh Mazni Mohd Salleh
                                           

Proses moderasi sedang dijalankan
Perbincangan dan pemurnian

Bersama dengan SME

Terpancar kesungguhan menjalankan moderasi Kerja Kursus




Friday, 2 August 2013

KURSUS PEMBINAAN BAHAN PENILAIAN & PENTAKSIRAN

Pada 26 hingga 28 Jun 2013 yang lalu, Jabatan Pengajian Melayu, IPTHO telah melaksanakan Kursus Pembinaan Bahan Penilaian dan Pentaksiran di Hotel Orkid Melaka.



En Abd Rahim Ismail sedang memberikan input

Slot disampaikan oleh Pn Hjh Mazni Mohd Salleh

PEERANCANGAN JPM 2/2013

Begitu pantas masa berlalu.  Tanpa kita sedari semester ke-2 bagi tahun 2013 telah memulakan sesi mulai 17 Jun 2013

Kepada semua ahli JPM banyak tugas menanti kita.  Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut perancangan.

Perancangan JPM semester 2,2013
6-8 Jun - Kursus Profesionalisme Jabatan dan Kursus Pemantapan OLL
1 Julai   - Terapi Rohani- Potensi Diri Yang Terpendam
17 Julai - Kursus Pemerkasaan P&P Bahasa Melayu
19-30 Ogos - Pertandingan inovasi BBM (Pameran BBM)
13 Sept - Kursus Kepimpinan Pengurusan Komunikasi Berkesan
4 Okt    - Forum - Guru Bahasa Melayu: Isu dan Cabaran
1-17 Okt - Bulan Bahasa Kebangsaan Bitara Bahasa Melayu

SELAMAT BERTUGAS...

Saturday, 6 April 2013

Ahli JPM Yang Telah Bersara

Selamat Bersara kepada Ahli Jabatan Pengajian Melayu IPG KTHO yang telah bersara dari perkhidmatan kerajaan.  Semoga sentiasa sejahtera dan dikurniakan kesihatan afiat.

Persaraan Mantan Ketua Jabatan JPM Tn Hj Ahmad bin Abu
 


Persaraan Tn Hj Mohd Nor Usop...Oktober 2011

Selamat Bertugas Di Tempat Baru

Warga Jabatan Pengajian Melayu, IPG KTHO mengucapkan Selamat Bertugas di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban kepada Encik Ibrahim bin Yusof.  Mulai 1 Februari 2013, Encik Ibrahim dengan rasminya berpindah ke IPG KRM.  Semoga En.IBY terus cemerlang di tempat baru.  Jangan dilupa rakan-rakan JPM di IPTHO.  
Hilang di mata...di hati jangan...

Ucapan Perpisahan En IBY

Cenderamata Kenang-kenangan

Khusyuk mendengar ucapan perpisahan